Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Individu buat laporan polis pengguna TikTok sentuh 3R
Published on: Monday, January 13, 2025
Published on: Mon, Jan 13, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Individu buat laporan polis pengguna TikTok sentuh 3R
Seorang individu di sini membuat laporan polis pada Jumaat berhubung video yang dimuat naik seorang pengguna di TikTok yang dipercayai menyentuh Agama, Bangsa dan Institusi Diraja (3R). - FOTO FMt untuk ilustrasi sahaja.
SANDAKAN: Seorang individu di sini membuat laporan polis pada Jumaat berhubung video yang dimuat naik seorang pengguna di TikTok yang dipercayai menyentuh Agama, Bangsa dan Institusi Diraja (3R).

Dalam laporannya, Rahmat Iskandar Ibrahim, 44, berkata dia terjumpa video itu ketika menyemak imbas aplikasi itu di rumah. 

Advertisement
Video itu, dakwanya, menghina proses pelantikan Ketua Negara ke-11, Tun Musa Aman, oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

“Saya percaya tindakan individu ini adalah untuk mencemarkan nama baik dan maruah Tun Musa sebagai Yang di-Pertua Negeri. Ia boleh mencetuskan sentimen negatif dan berpotensi mengganggu keamanan dan keselamatan Sabah,” katanya dalam laporan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambah Rahmat, beliau memfailkan laporan itu untuk meminta siasatan lanjut polis berhubung penghinaan tersebut, di bawah Akta Hasutan, dan untuk tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau membuat laporan itu di Balai Polis Daerah Sandakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here