Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Pendidikan awal asas bentuk generasi cemerlang’ 
Published on: Monday, January 13, 2025
Published on: Mon, Jan 13, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
‘Pendidikan awal asas bentuk generasi cemerlang’ 
SALAH seorang murid prasekolah yang menerima sijil pada majlis tersebut. 
SANDAKAN: Pendidikan awal kanak-kanak diiktiraf sebagai asas penting dalam membentuk generasi masa depan yang cemerlang. 

Justeru, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, melalui pendekatan yang komprehensif, pendidikan awal ini bukan sahaja membantu mencorakkan keperibadian kanak-kanak tetapi juga menyediakan asas kukuh untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Advertisement
Suhaimi juga berkata antara pusat pendidikan terbaik adalah melalui Tabika Perpaduan yang menjadi platform pendidikan dan perpaduan. 

“Tabika Perpaduan memainkan peranan signifikan bukan hanya dalam mendidik kanak-kanak dari segi akademik, tetapi juga dalam menyemai nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, dan bertanggungjawab. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain itu, institusi ini menjadi landasan utama dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum, sejajar dengan semangat Rukun Negara.

“Dengan memupuk perpaduan sejak usia muda, kita dapat melahirkan generasi yang menghargai kepelbagaian budaya dan mampu hidup secara harmoni,” katanya. 

Advertisement
Ucapannya disampaikan oleh Adun Sungai Manila, Datuk Mokran Ingkat semasa Majlis Penyampaian Sijil Tabika Perpaduan Bahagian Sandakan Tahun 2024/2025 di Aisyadelia Cottage, pada Sabtu. 

Dalam majlis tersebut, sijil telah disampaikan kepada murid prasekolah di 13 Tabika Perpaduan di Sandakan. Penghargaan turut diberikan kepada guru-guru Tabika Perpaduan atas dedikasi mereka dalam mendidik dan membimbing murid-murid prasekolah. 

Advertisement
Suhaimi turut berkata, dalam memastikan pendidikan awal terus diperkasakan, kerajaan menegaskan komitmennya untuk menyokong program seperti Tabika Perpaduan.

Justeru itu, semua pihak diseru berganding bahu untuk membina generasi masa depan yang cemerlang, bersatu padu, dan berdaya saing demi kesejahteraan negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here