Mon, 15 Jun 2026
Headlines:
Perkhidmatan feri Labuan-Kota Kinabalu. Penundaan dibuat atas isu keselamatan: LDA
Published on: Monday, January 13, 2025
Published on: Mon, Jan 13, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Perkhidmatan feri Labuan-Kota Kinabalu. Penundaan dibuat atas isu keselamatan: LDA
JETI di Jesselton Point, Bandaraya.
LABUAN: Pengoperasian semula perkhidmatan feri antara Labuan dan Kota Kinabalu ditangguhkan susulan isu keselamatan, bukan kerana kelemahan dalam persediaan.

Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holdings Noor Halim Zaini berkata Terminal Feri Antarabangsa Labuan telah bersedia untuk menyambung perkhidmatan namun keadaan jeti di Jesselton Point, Kota Kinabalu, mempunyai risiko keselamatan untuk pendaratan penumpang.

Advertisement
Beliau berkata perkhidmatan feri berkenaan pada mulanya dijadualkan untuk beroperasi semula pada 15 Dis lepas dan perkara itu turut diketengahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

“Pihak menteri sangat menyokong inisiatif ini, memahami kepentingannya bagi meningkatkan ketersambungan dan menggalakkan aktiviti ekonomi tempatan,” kata Noor Halim. Beliau berkata usaha sedang dilakukan bagi menangani isu tersebut serta memastikan operasi dapat dijalankan dengan selamat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Noor Halim berkata LDA Holdings komited untuk mengatasi cabaran tersebut memandangkan perkhidmatan feri itu menghubungkan Labuan dengan tanah besar sekali gus menjanjikan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pelancong.

Beliau berkata pihaknya kini dalam perbincangan dengan Taman-Taman Sabah untuk mendapatkan keizinan menggunakan jeti badan itu yang terletak bertentangan Hyatt Hotel di Kota Kinabalu.

Advertisement
Perkhidmatan feri ekspres itu katanya pernah beroperasi berhampiran jeti Taman-Taman Sabah sebelum ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here