Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis marin Sandakan gagalkan percubaan seludup minyak masak, petrol ke negara jiran
Published on: Monday, January 13, 2025
Published on: Mon, Jan 13, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Polis marin Sandakan gagalkan percubaan seludup minyak masak, petrol ke negara jiran
Barang terkawal yang dirampas oleh polis marin Sandakan. (Gambar polis marin)
SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menggagalkan cubaan menyeleweng minyak masak dan petrol ke negara jiran dalam operasi Taring Landai Khas Kontraban pada malam Ahad. 

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat, pasukan polis telah menahan sebuah lori tiga tan jenis Tohatsu berwarna putih dan sebuah kenderaan Toyota Hilux berwarna perak yang diletakkan di tepi Kampung Pukat, Jalan Bokara kira-kira jam 9 malam. 

Advertisement
“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kenderaan tersebut membawa muatan 146 kotak minyak masak, mengandungi 2,482 paket seberat 1kg setiap satu, serta 10 gelen minyak petrol dianggarkan berjumlah 300 liter. 

“Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar turut menemukan beberapa kotak minyak masak di Jeti Jambatan 4, Kampung Pukat, dipercayai untuk dibawa melalui jalan laut,” katanya dalam kenyataan kepada media. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun telah ditahan dalam operasi tersebut.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here