Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lelaki kendali premis hiburan tanpa lesen didenda
Published on: Tuesday, January 14, 2025
Published on: Tue, Jan 14, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki kendali premis hiburan tanpa lesen didenda
Dia didakwa di bawah Seksyen 4 PEO 1958 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 11 Ordinan sama, yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.  
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini mendenda seorang lelaki berusia 34 tahun didenda RM4,500 atau penjara enam bulan kerana mengendalikan premis hiburan tanpa lesen.  

Jenekoh Tiga mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan itu yang dilakukan di premis Elite, di Aeropod Commercial Square, Jalan Kepayan, dekat sini.  

Advertisement
Jenekoh didapati menjalankan perniagaan hiburan tanpa lesen sah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 6 (1) Ordinan Hiburan Awam (PEO) 1958.  

Dia didakwa di bawah Seksyen 4 PEO 1958 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 11 Ordinan sama, yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan menyatakan bahawa polismenyerbu premis terbabit dan mendapati muzik dimainkan serta pelanggan sedang berseronok.  

Penjaga premis gagal mengemukakan lesen perniagaan, dan semakan dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesahkan bahawa Elite tidak mempunyai lesen perniagaan yang berdaftar dengan Jabatan Perlesenan DBKK, kata pihak pendakwaan.  

Advertisement
Jenekoh memohon denda dikurangkan dengan alasan ini merupakan kali pertama dia menjalankan perniagaan.  

Jelasnya, sejak barang-barang kedainya disita, dia sudah menghentikan operasi tetapi masih perlu menanggung kos sewa sehingga kini sementara menunggu lesen perniagaan rasmi diluluskan.  

Advertisement
Mahkamah memerintahkan barang-barang yang disita dikembalikan kepada pemilik yang sah.  

Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 22 tahun diperintah membayar denda RM1,200 atau penjara sebulan kerana terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di tempat awam.  

Nur Juliana Abdullah mengaku bersalah berjudi secara dalam talian menggunakan telefon bimbit pada 3 November 2024, jam 1.20 petang, di sebuah premis di pekan Donggongon, Penampang.  

Pertuduhan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.  

Pendakwaan, ketika mengemukakan fakta kes, menyatakan bahawa Juliana ditangkap oleh polis kerana penglibatannya dalam aktiviti perjudian haram.  

Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM75 dan telefon bimbit yang digunakan dalam aktiviti terbabit daripadanya, kata pihak pendakwaan.  

Juliana memohon hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai seorang anak.  

Mahkamah memerintahkan wang yang dirampas dilucutkan hak sebagai hasil kerajaan.  

Inspektor Yusdi Basri menjalankan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here