Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki miliki 166.59g kanabis dijel 5 tahun 
Published on: Tuesday, January 14, 2025
Published on: Tue, Jan 14, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki miliki 166.59g kanabis dijel 5 tahun 
Kesalahan itu, di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama, membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga penjara seumur hidup, serta sebatan, jika sabit kesalahan.  
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 31 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana memiliki 166.59 gram kanabis.

Mohd Ridzuan Idjal mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus atas pertuduhan yang dihadapinya.  

Advertisement
Dia didapati memiliki dadah itu pukul 10.40 pagi, 11 Disember 2023, di tepi jalan di Kampung Tunggul Tinggi, Sipitang.  

Kesalahan itu, di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama, membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga penjara seumur hidup, serta sebatan, jika sabit kesalahan.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semasa mitigasi, dia merayu hukuman ringan dan agar hukuman bermula dari tarikh tangkapannya.  

Bagaimanapun, pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas Mohd Ridzuan.  

Advertisement
Mahkamah memerintahkan Mohd Ridzuan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh penangkapannya.  

Timbalan Pendakwa Raya Sofia Sawayan melakukan pendakwaan manakala peguam Chin Tek Ming mewakili Mohd Ridzuan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here