Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
25 sekolah di Libaran terima bantuan peralatan digital bilik pemulihan
Published on: Tuesday, January 14, 2025
Published on: Tue, Jan 14, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
25 sekolah di Libaran terima bantuan peralatan digital bilik pemulihan
SUHAIMI (tiga, kanan) menyampaikan peralatan interaktif digital kepada salah seorang wakil sekolah.
SANDAKAN: Sebanyak 25 buah sekolah rendah dalam Parlimen Libaran menerima Bantuan Peralatan Interaktif Digital Bilik Pemulihan. 

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata penyediaan peralatan digital tersebut adalah untuk kegunaan di bilik pemulihan di sekolah- sekolah rendah bagi meningkatkan kualiti pengajaran di bilik pemulihan dengan penggunaan teknologi digital.

Advertisement
“Peralatan digital tersebut adalah membantu pelajar yang mempunyai keperluan pembelajaran khas agar dapat mengikuti proses pembelajaran dengan lebih baik dan memastikan pelajar mendapat akses kepada teknologi yang relevan dalam pembelajaran mereka,” katanya. 

Suhaimi berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan Bantuan Peralatan Interaktif Digital Bilik Pemulihan Sekolah Rendah Dalam Parlimen Libaran di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Kayu Batu 7 Sandakan, pagi Isnin. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Suhaimi menjelaskan data negara kita merekodkan seramai 122,062 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2024/2025 dikenal pasti perlu mengikuti program intervensi bagi meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

“Angka itu mewakili 27.5 peratus daripada keseluruhan 448,113 murid Tahun Satu yang berdaftar di sekolah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM).

Advertisement
“Seramai 62,928 daripada keseluruhan murid yang perlu mengikuti program intervensi belum menguasai literasi dan numerasi di tahap penguasaan minimum, iaitu Tahap Penguasaan 1,” katanya.

Selain itu, beliau yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah berkata seramai 45,465 murid dikenal pasti belum menguasai literasi manakala 13,669 murid belum menguasai numerasi.

Advertisement
“Oleh itu, menguasai asas literasi 3M amat diperlukan bagi memenuhi beberapa perkara seperti persediaan mengikuti pembelajaran di sekolah menengah yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. 

“Selain meningkatkan kualiti dan penguasaan pelbagai kosa kata, membantu penguasaan terhadap disiplin ilmu yang lain, melahirkan generasi warganegara yang boleh membaca dan memupuk budaya membaca serta membolehkan pelbagai ilmu dapat diterokai,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar anak-anak di Parlimen Libaran ini akan mendapat pendidikan sempurna dan memperolehi kecemerlangan dalam pendidikan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here