Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tiada Adun pembangkang dalam video kontroversi: Bung
Published on: Tuesday, January 14, 2025
Published on: Tue, Jan 14, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Tiada Adun pembangkang  dalam video kontroversi: Bung
“Masiung (kanan) nampaknya cuba mengalihkan perhatian umum dengan menuding jari kepada pembangkang,” kata Bung (kiri).
Kota Kinabalu: Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyangkal dakwaan Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Masiung Banah bahawa pembangkang menjadi dalang di sebalik penyebaran video kontroversi “Adun Rasuah” yang membabitkan beberapa pemimpin dengan dakwaan skandal perlombongan.

“Masiung nampaknya cuba mengalihkan perhatian umum dengan menuding jari kepada pembangkang,” kata Bung Moktar dalam satu kenyataan, Ahad.

Advertisement
Bung berkata, pembangkang sudah menafikan sebarang pembabitan dalam penghasilan atau penyebaran video itu.

Beliau berkata semua video tular, termasuk yang memaparkan Masiung, jelas menunjukkan rundingan hanya melibatkan wakil rakyat GRS.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tiada ahli pembangkang hadir atau terlibat. Rundingan dan perbincangan ini adalah hal dalaman GRS, yang akhirnya menemui jalan buntu,” kata Bung.

Beliau berkata rakaman itu jelas merakam perbualan wakil rakyat GRS yang didakwa terlibat secara langsung dalam menerima wang.

Advertisement
“Ini adalah bukti jelas salah laku yang melanggar undang-undang, tanpa kaitan dengan pembangkang,” katanya.

Beliau mempersoalkan kenapa tiada tindakan undang-undang diambil terhadap media atau parti sekiranya dakwaan itu palsu.

Advertisement
“Rakyat Sabah amat maklum dengan apa yang berlaku. Kegagalan GRS terbukti dengan isu bekalan air bersih berterusan yang melanda rakyat Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here