Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pelbagai bantuan pendidikan di bawah Hajiji
Published on: Tuesday, January 14, 2025
Published on: Tue, Jan 14, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Pelbagai bantuan pendidikan di bawah Hajiji
MAZLAN (ketiga dari kanan) menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada salah seorang pelajar di majlis itu.
BEAUFORT: Kerajaan negeri menyediakan pelbagai bantuan pendidikan di bawah Agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk anak-anak Sabah dari peringkat sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Lumadan, Mazlan Joehari Manan berkata, terdapat empat entiti terlibat iaitu Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Yayasan Sabah, Biasiswa Kerajaan Negeri dan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis).

Advertisement
“Antara bantuan ini termasuk Program Biasiswa, Dermasiswa, Pinjaman Pengajian Yayasan Sabah bagi memberi manfaat anak-anak kita yang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

“Bantuan lain untuk mahasiswa turut disediakan di bawah program BUDI, termasuk subsidi tiket penerbangan di bawah program Subfly untuk pelajar yang belajar di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain itu bantuan persekolahan seperti program BAIK, BAKTI, BISTARI, AKSA dan BAGUS juga disediakan untuk meningkatkan pembelajaran murid dan pelajar sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beaufort, di sini, Isnin.

Advertisement
Mazlan, yang juga Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri telah memperkenalkan dua bantuan pendidikan baharu tahun ini iaitu SENTOSA dan SUKSES.

Menurutnya, SENTOSA adalah sumbangan sebanyak RM300 secara ‘one-off’ (sekali-bayar) kepada setiap mahasiswa yang belajar di institut pengajian tinggi (IPT) di Sabah.

Advertisement
“Manakala, SUKSES adalah bantuan sebanyak RM3,000 secara ‘one-off’ kepada 1,500 sekolah di seluruh Sabah bagi membiayai sebarang aktiviti yang dianjurkan sekolah terbabit.

“Ini adalah antara inisiatif yang dilaksanakan kerajaan GRS di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang sentiasa komited dan prihatin terhadap pendidikan anak-anak kita.

“Beliau sedar anak-anak, khususnya dari golongan miskin atau B40 sebelum ini, sukar menghantar anak mereka sambung belajar, namun kini tidak perlu lagi risau lagi kerana kerajaan negeri sudah sediakan semuanya.

“Amat jelas usaha murni ini juga belum pernah dilaksanakan mana-mana kerajaan negeri sebelum ini dan sewajarnya peluang ini dimanfaatkan sebaiknya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here