Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Enam termasuk bayi maut
Published on: Tuesday, January 14, 2025
Published on: Tue, Jan 14, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Enam termasuk bayi maut
ANGGOTA bomba dalam proses mengeluarkan mangsa.
SEMPORNA: Seorang bayi antara enam maut dalam kemalangan membabitkan Isuzu D-Max, Toyota Innova dan Proton Wira di KM37 di Jalan Semporna-Tawau, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah, Supt Mohd Sabri Zainol berkata, Isuzu D-Max dan Toyota Innova itu datang dari arah Semporna menghala ke Tawau, manakala Proton Wira dalam arah bertentangan ketika kejadian berlaku kira-kira jam 4.10 petang.

Advertisement
“Kemalangan berlaku apabila Proton Wira memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Isuzu D-Max sebelum dirempuh Toyota Innova.

“Impak rempuhan menyebabkan pemandu Proton Wira itu mengalami kecederaan parah, manakala lima penumpangnya maut di tempat kejadian dan seorang lagi maut ketika menerima rawatan di Hospital Semporna,” katanya, dalam satu kenyataan pada Ahad malam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Mohd Sabri, siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Sabri meminta mana-mana saksi atau mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil menghubungi Pegawai Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, Insp Hemkumar Ayathuray di talian 012-3650021 atau 089-782020 atau balai polis berhampiran.

Advertisement
Beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mengamalkan pemanduan selamat bagi mengelak sebarang kemalangan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan susulan kemalangan itu pada 4.58 petang melalui MERS999.

Advertisement
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sejurus tiba, pasukan melaporkan kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan dengan 15 mangsa terlibat.

Enam mangsa daripada Proton Wira itu disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi individu daripada Proton Wira cedera. Empat orang dalam Isuzu D-Max dan empat lagi dalam Toyota Innova tidak cedera dalam kejadian itu.

Jabatan itu berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada jam 7.16 malam selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here