Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah jadi lokasi transit sindiket pengedaran dadah
Published on: Tuesday, January 14, 2025
Published on: Tue, Jan 14, 2025
By: Agust Dean
Text Size:
Text:
Sabah jadi lokasi transit sindiket pengedaran dadah
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin (tengah) semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pegawai PDRM Briged Sabah PGA di Kinarut pada Selasa. (Gambar: Harian Ekspres/Agust Dean)
PAPAR: Sindiket pengedaran dadah menjadikan Sabah sebagai lokasi transit yang strategik berikutan kedudukan Sabah yang bersempadan dengan negara-negara jiran, kata seorang pegawai kanan polis.

Kawasan panas (hotspot) yang dikenal pasti kebanyakan di pulau-pulau yang berada di sekitar Tawau, Sandakan dan Semporna.

Advertisement
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, permintaan yang tinggi dengan harga dadah jenis syabu boleh mencecah RM450,000 sekilogram di negara jiran mendorong sindiket cuba membawa masuk dadah melalui Sabah.

Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia ini hanya sebagai lokasi transit, bukan pengeluar. Begitu juga Sabah yang sering dijadikan pusat transit sindiket pengedaran dadah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kalau kita lihat di Malaysia, sekilogram syabu dianggarkan RM33,000 hingga RM35,000, tetapi apabila pergi ke negara jiran, ia boleh meningkat sehingga RM450,000 sebab permintaan yang tinggi.

“Dengan harga yang begitu lumayan jadi kebanyakan sindiket-sindiket akan cuba melalui sini dan membawanya ke negara seberang melalui jalan laut. Tapi, ada juga untuk keperluan pasaran tempatan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat JSJN bersama Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah di PGA Kinarut, di sini pada Selasa.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here