Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Prestasi peperiksaan SRU Sabah meningkat pada 2024
Published on: Wednesday, January 15, 2025
Published on: Wed, Jan 15, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Prestasi peperiksaan SRU Sabah meningkat pada 2024
RUSLAN (belakang, tengah) dan tetamu kehormat bersama pelajar SRU cemerlang di majlis itu.
Kota Kinabalu: Prestasi keputusan Peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) bagi negeri ini untuk 2024 mencatat peningkatan sebanyak 4.13 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, terdapat penurunan keputusan bagi Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan peperiksaan SMU Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

Advertisement
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, penurunan bagi peperiksaan SMU KBD dan KBT masing-masing mencatat perbezaan sebanyak 0.03 peratus dan 0.3 berbanding tahun sebelumnya.

“Bagi peperikaaan SRU 2024, peratus kelulusan adalah sebanyak 78.24 peratus dan seramai 4,315 calon lulus dengan masing-masing mendapat pangkat Mumtaz (126); Jayyid Jiddan (584); Jayyid (1,931) dan Maqbul (1,674).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Manakala, pencapaian bagi keputusan peperiksaan SMU KBD dengan kiraan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 2.92 dan 2.88 bagi peperiksaan SMU KBT.

“Daripada jumlah keseluruhan calon SMU yang hadir, seramai 303 calon lulus dengan mendapat pangkat Mumtaz seramai 24 orang, Jayyid Jiddan (88), Jayyid (126) dan Maqbul 65 orang,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman Keputusan Rasmi Peperiksaan SRU dan SMU Negeri Sabah bagi 2024 di Bangunan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), di sini, pada Selasa.

Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah (Jheains) Datuk Jumain Abdul Ghani.

Advertisement
Dalam perkembangan sama, Ruslan berkata, sebanyak 49 Sekolah Rendah Agama di Sabah telah mencapai keputusan terbaik dan lulus 100 peratus bagi peperiksaan SRU itu.

Menurutnya, 15 daripadanya adalah dari Sekolah Agama Negeri (SAN) dan selebihnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah swasta.

Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa subjek di peringkat peperiksaan SRU dan SMU yang dilihat masih lemah dan perlu diberi penekanan selepas ini.

“Antara yang perlu diberi perhatian di peringkat peperiksaan SRU adalah subjek Hadis, Imlak dan Akhlak, manakala bagi SMU, subjek Tauhid, Fiqh dan Bahasa Melayu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here