Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah jadi hab serantau dadah: Pulau-pulau di pantai timur tempat transit amat sesuai
Published on: Wednesday, January 15, 2025
Published on: Wed, Jan 15, 2025
By: Agust Dean
Text Size:
Text:
Sabah jadi hab serantau dadah: Pulau-pulau di pantai timur tempat transit amat sesuai
KHAW memeriksa perbarisan anggota pasukan keselamatan ketika melakukan lawatan ke Ibu Pejabat Briged Sabah di PGA Kinarut. – fotoBERNAMA
PAPAR: Sindiket pengedaran dadah menjadikan Sabah sebagai lokasi transit yang strategik berikutan kedudukan Sabah yang bersempadan dengan negara-negara jiran.

Kawasan titik panas (hotspot) yang dikenal pasti kebanyakannya di pulau-pulau yang berada di sekitar Tawau, Sandakan dan Semporna.

Advertisement
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, permintaan tinggi dengan harga dadah jenis syabu boleh mencecah RM450,000  sekilogram di negara jiran, mendorong sindiket cuba membawa masuk dadah melalui Sabah.

“Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia ini hanya sebagai lokasi transit, bukan pengeluar. Begitu juga Sabah yang sering dijadikan pusat transit sindiket pengedaran dadah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kalau kita lihat di Malaysia, sekilogram syabu dianggarkan RM33,000 hingga RM35,000, tetapi apabila pergi ke negara jiran, ia boleh meningkat sehingga RM450,000 sebab permintaan yang tinggi.

“Dengan harga yang begitu lumayan, kebanyakan sindiket akan cuba melalui sini dan membawanya ke negara seberang melalui jalan laut. Tetapi ada juga untuk keperluan pasaran tempatan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat JSJN bersama Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah di PGA Kinarut, di sini pada Selasa.

Advertisement
Khaw menjelaskan bahawa lokasi strategik Sabah dalam segitiga antara Malaysia, Filipina dan Indonesia menyebabkan sindiket lebih berminat untuk beroperasi di Sabah sebelum membawa dadah ke negara seberang.

Dalam konteks Malaysia, dadah dibawa masuk ke Sabah menggunakan perkhidmatan kurier melalui laut atau udara dari Semenanjung Malaysia dan kemudian dari Sabah dihantar ke negara jiran.

Advertisement
Justeru, katanya, tindakan-tindakan sedang dirancang bagi membanteras sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di Sabah.

Kata beliau, lokasi panas di kawasan pulau-pulau yang menjadi laluan sindiket-sindiket juga telah dikenal pasti dan perancangan sedang dilakukan bersama agensi lain, termasuk bantuan daripada Pasukan Gerakan Udaran (PGU) dalam penggunaan dron.

Bagaimanapun, perancangan secara terperinci tidak boleh disebutkan kerana dikhuatiri akan membolehkan sindiket mengelak daripada tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa.

Katanya lagi, sekiranya ada pegawai-pegawai PDRM yang terlibat dengan sindiket, tindakan tegas akan diambil.

“Kita tidak akan kompromi terhadap mana-mana orang termasuk pegawai yang terlibat sama dengan sindiket. Kita tidak akan bersekongkong, malah kita ambil tindakan tegas sekiranya mereka terlibat.

“Tiada layanan dwistandard terhadap pegawai, semuanya berdepan tindakan sama kalau ada anggota terlibat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here