Mon, 15 Jun 2026
Headlines:
Polis siasat teksi dipandu kedua-dua pintu belakang terbuka di Tawau
Published on: Wednesday, January 15, 2025
Published on: Wed, Jan 15, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Polis siasat teksi dipandu kedua-dua pintu belakang terbuka di Tawau
Teksi dipandu dalam keadaan kedua-dua pintu belakang terbuka. (Gambar: Polis Tawau)
TAWAU: Polis sedang menyiasat insiden sebuah teksi yang dipandu dalam keadaan kedua-dua pintu penumpang belakang terbuka sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial apabila rakaman video kejadian itu tular sejak Selasa. 

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Tawau menerima maklumat kejadian tersebut sekitar jam 3.30 petang.

Advertisement
Menurutnya, polis segera melancarkan usaha mengesan pemilik teksi berkenaan berdasarkan video tular berkenaan dan hasil semakan sistem Mobile Card Acceptance Device (MCAD) kira-kira jam 10.20 pagi, mendapati kenderaan itu dimiliki seorang lelaki tempatan, 54.

"Hasil siasatan BSPT mendapati kenderaan tersebut terbuka di kedua-dua belah pintu penumpang bahagian belakang disebabkan oleh tindakan pemilik kenderaan itu membawa muatan sebuah televisyen bersaiz besar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Televisyen itu disimpan di bahagian penumpang belakang kenderaan sehingga pintunya tidak dapat ditutup rapat,"katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Jasmin berkata, polis mengeluarkan notis saman di bawah Rule 18 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana membawa barangan di atas kenderaan dengan membahayakan kenderaan lain atau orang lain terhadap pemilik kenderaan itu.

Advertisement
"Pemilik kereta juga diminta menjalani ujian saringan dadah (SD2) dan ujian air kencing," katanya lagi.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here