Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bekas pengarah AADK Sabah, ketua cawangan Tawau didakwa
Published on: Thursday, January 16, 2025
Published on: Thu, Jan 16, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Bekas pengarah AADK Sabah, ketua cawangan Tawau didakwa
Abd Gani (kiri, gambar kiri) dan Bakri (kiri, gambar kanan) diiringi anggota SPRM.
Kota Kinabalu: Bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah dan Ketua AADK Cawangan Tawau didakwa menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan bayaran bagi pelbagai program AADK di Tawau, membabitkan sejumlah RM46,0641.92.  

Bekas Pengarah Bakri Bibi, 52, dan Abd Gani @Ghani Keruput, 46, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dihadapi mereka pada Rabu.  

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama hingga ke-27, Bakri dan Abd Gani didakwa menggunakan baucar palsu untuk sebuah syarikat pembekal makanan dan minuman, sewaan khemah, bahan binaan, serta peralatan bagi pelbagai program AADK di Tawau pada Oktober dan November 2018.  

Kesalahan di bawah Seksyen 471/468 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Bakri turut berdepan 14 pertuduhan bersubahat dengan Abd Gani dalam menggunakan dokumen palsu berupa kertas kerja untuk pelbagai program AADK di Tawau bagi mendapatkan bayaran antara November 2018 dan Mei 2019.

Dia didakwa di bawah Seksyen 471/465 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Bakri juga didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pengarah semasa jenayah itu didakwa dilakukan, untuk mendapatkan rasuah dengan meluluskan kontrak Perkhidmatan Pembersihan dan Sanitasi bagi Pejabat Negeri AADK Sabah, AADK Daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, W.P Labuan, dan Pusat Tahanan Reman (PTR) kepada sebuah syarikat pada 20 Nov 2017 di pejabat AADK Sabah di Wawasan Plaza, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 23(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama itu yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda dari nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 14 April tahun ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM30,000, deposit RM4,000 serta seorang penjamin tempatan, masing-masing dan juga dikehendaki melapor diri kepada pegawai SPRM dua bulan sekali.

Pasport mereka, jika ada, akan disimpan oleh mahkamah sehingga kes selesai.

Kedua-dua tertuduh juga diingatkan agar tidak mengganggu saksi pihak pendakwaan.

Pegawai Pendakwa SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi tampil untuk pendakwaan, manakala Abd Gani diwakili peguam Lim Chun Yuan, dan Bakri tidak diwakili.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here