Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
132 PTI Filipina dihantar pulang
Published on: Thursday, January 16, 2025
Published on: Thu, Jan 16, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
132 PTI Filipina dihantar pulang
ANTARA warga Filipina yang dihantar pulang pada Selasa.
LAHAD DATU: Jabatan Imigresen Sabah menghantar pulang 132 pendatang tanpa izin (PTI) warga Filipina melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini, pada Selasa.

Jabatan Imigresen Negeri dalam satu kenyataan berkata penghantaran itu membabitkan tahanan di Depoh Imigresen Sandakan.

Advertisement
Mereka dihantar ke Jeti Bongao, Filipina dengan feri MV Ming Hai Express menerusi program pembiayaan sendiri.

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada 73 lelaki, 20 wanita, 17 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kanak-kanak ditemani ibu bapa atau penjaga yang sah,” kata jabatan itu.

Menurut kenyataan itu, program pembiayaan sendiri itu berharga RM370 bagi dewasa, RM210 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 13 tahun dan percuma untuk kanak-kanak bawah empat tahun.

Advertisement
Kos tersebut juga termasuk bayaran pengangkutan bas dari Sandakan ke Lahad Datu.

Jabatan menambah, kekerapan proses pengusiran pendatang tanpa izin adalah tertakluk kepada pengeluaran dokumen perjalanan dengan segera dan berterusan oleh Kedutaan Filipina di Malaysia, yang merupakan elemen penting untuk mempercepatkan proses penghantaran tahanan ke negara asal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here