Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kaki kanak-kanak, 11, tertusuk rim basikal
Published on: Friday, January 17, 2025
Published on: Fri, Jan 17, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Kaki kanak-kanak, 11,  tertusuk rim basikal
BOMBA menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu yang menahan kesakitan akibat kaki tertusuk rim basikal.
KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan apabila kaki kirinya tertusuk rim basikal di Kampung Siasai Tamu di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud dan dilaporkan stabil selepas menerima rawatan lanjut.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam pukul 5.23 petang.

Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS dikerah ke lokasi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebaik tiba, kaki kiri kanak-kanak terbabit didapati tertusuk besi rim basikal yang diperbuat menggunakan bahan besi.

“Pasukan bomba bertindak memisahkan rim daripada sebahagian struktur basikal sebelum mangsa dibawa ke Hospital Kota Belud dengan menaiki ambulans untuk tindakan X-Ray dan rawatan lanjut.

Advertisement
“Pasukan bomba kemudiannya dihubungi semula untuk bantuan memotong besi rim basikal berkenaan,” katanya.

Menurut Muhammad Syazwan, pasukan bomba bertindak memotong besi rim menggunakan pemotong hidraulik.

Advertisement
“Sebaik selesai operasi memotong besi rim itu, mangsa menerima rawatan lanjut,” katanya, menambah operasi ditamatkan pada jam 9.48 malam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here