Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Seorang maut, tiga cedera kemalangan di KB
Published on: Friday, January 17, 2025
Published on: Fri, Jan 17, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Seorang maut, tiga cedera kemalangan di KB
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. (Gambar bomba)
KOTA BELUD: Seorang maut manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kelawat di sini, malam tadi.

Nahas kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan seorang mangsa lelaki berusia 58 tahun disahkan meninggal dunia selepas tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 8.05 malam dan seramai sepuluh anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipercayai bertembung dengan sebuah lori lapan tan".

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Terdapat empat orang mangsa dilaporkan terlibat termasuk seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu Toyota Hilux," katanya ketika dihubungi hari ini.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here