KENINGAU: Seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun dijatuhkan hukuman 36 tahun penjara dan 22 sebatan atas perbuatan sumbang mahram terhadap dua orang anak tiri perempuannya.
Bagi pertuduhan pertama tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dengan 11 sebatan dan pertuduhan kedua penjara 18 tahun dengan 11 sebatan.
Walau bagaimanapun hukuman dijalakan secara berasingan.
Hakim Mahkamah Sesyen Keningau, Ahmad Fairuz Mohamad Puzi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah dihadapan Hakim pada perbicaraan yang dijalankan pada 16 Januari 2025 (Khamis) di Mahkamah Sesyen di sini.
Tertuduh telah didakwa atas pertuduhan dibawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Tertuduh Andrew Makapili melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah tidak bernombor di salah sebuah kampung dan di salah sebuah Taman perumahan di Keningau.