Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sandakan lancar Pelan Strategik 2024-2028 ke arah bandaraya pintar, lestari
Published on: Friday, January 17, 2025
Published on: Fri, Jan 17, 2025
Text Size:
Text:
Sandakan lancar Pelan Strategik 2024-2028 ke arah bandaraya pintar, lestari
Majlis pelancaran Pelan Strategik Majlis Perbandaran Sandakan 2024-2028. (Gambar: Harian Ekspres/Mardinah Jikur)
SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam melancarkan Pelan Strategik Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) 2024-2028 dalam satu majlis yang diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Sandakan malam ini.

Joachim berkata, pelan strategik ini adalah teras kepada usaha menjadikan Sandakan bandaraya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu, menurut kenyataan media.

Advertisement
Beliau mengucapkan tahniah kepada MPS atas inisiatif merangka pelan yang menyeluruh dan bersifat komprehensif untuk mencapai visi "Sandakan Ke Arah Bandaraya Pintar dan Lestari 2030.

“Pelan ini bukan sekadar dokumen, tetapi merupakan visi, aspirasi, dan komitmen kolektif untuk membawa Sandakan ke tahap yang lebih tinggi. Ia turut menyokong aspirasi Kerajaan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs),” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau turut menekankan enam kriteria utama yang perlu dipenuhi oleh MPS untuk mencapai status bandaraya, termasuk kecekapan tadbir urus, jumlah penduduk yang mencukupi, kestabilan kewangan, pembangunan infrastruktur berkualiti, kelestarian alam sekitar dan penglibatan aktif komuniti.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here