Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Stok darah Hospital Ranau amat kritikal
Published on: Saturday, January 18, 2025
Published on: Sat, Jan 18, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Stok darah Hospital Ranau amat kritikal
Tambah Dr Eva, Unit Tabung Darah Hospital Ranau juga akan menjalankan beberapa kempen derma darah bergerak dan berharap ramai yang dapat hadir serta menjadi penderma.
RANAU: Bekalan darah di Hospital Ranau kini semakin kritikal dan orang ramai digesa tampil menderma darah bagi menampung keperluan pesakit di sini.

Stok di tabung darah itu (setakat laporan ini) berada pada tahap amat kritikal, di mana untuk Kumpulan A hanya tinggal 1 pain, Kumpulan B (1 pain), Kumpulan AB (0 pain) dan Kumpulan O (1 pain).

Advertisement
Pihak tabung darah Hospital Ranau memohon ihsan semua pihak, termasuk kakitangan hospital ini sendiri, untuk tampil menderma darah bagi menambah stok bekalan darah di hospital berkenaan.

Pengarah Hospital Ranau Dr Eva Chandra Susanti Suhaili berkata pihaknya memerlukan bantuan masyarakat untuk menderma darah secara beramai-ramai ketika ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini berikutan stok yang berkurangan, selain keperluan meningkat dan bagi memastikan perkhidmatan khususnya tabung darah Hospital Ranau tidak terjejas.

“Keperluan darah ini adalah untuk memastikan keselamatan ibu mengandung, pesakit talasemia, mangsa kemalangan yang kehilangan darah dan seumpamanya,” katanya.

Advertisement
Tambah Dr Eva, Unit Tabung Darah Hospital Ranau juga akan menjalankan beberapa kempen derma darah bergerak dan berharap ramai yang dapat hadir serta menjadi penderma.

“Setitik darah pun amat bermakna bagi kami,” katanya.

Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here