Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tanah runtuh: Taman Hutan Hujan Sandakan ditutup sementara
Published on: Saturday, January 18, 2025
Published on: Sat, Jan 18, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Tanah runtuh: Taman Hutan Hujan Sandakan ditutup sementara
TANAH runtuh itu dikhuatiri turut menjejaskan perumahan Taman Indah Jaya.
SANDAKAN: Taman Hutan Hujan Sandakan (Hutan Simpan Kebun Cina) ditutup sementara bermula 16 Januari sehingga penyelenggaraan selesai. 

Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan dalam kenyataannya berkata, penutupan ini disebabkan berlakunya tanah runtuh berdekatan tiang Grid Line SESB yang berisiko tumbang. 

Advertisement
Kejadian tanah runtuh tersebut diakibatkan hujan lebat tanpa henti ekoran luruan monsun yang melanda Sandakan sejak malam Rabu. 

Tanah runtuh itu turut menjejaskan kawasan perumahan Taman Indah Jaya yang dibina berdekatan lereng bukit tersebut. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jelas Frederick, pihaknya mengambil langkah awal dengan menutup sementara hutan rekreasi tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini kepada pengunjung. 

Sementara itu, Adun Elopura Calvin Chong berkata pihak berkuasa, khususnya Kerajaan Negeri, perlu lebih peka terhadap insiden tanah runtuh yang berlaku di kawasan belakang rumah penduduk di Taman Indah Jaya, khususnya Lorong 2, 13, 24, 27, 28 dan 37.

Advertisement
“Pihak berkuasa harus menjalankan penilaian risiko dengan melantik pasukan teknikal untuk menilai tahap risiko tanah runtuh di belakang kawasan perumahan Taman Indah Jaya. 

“Kejadian ini bukan pertama kali berlaku dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk setempat, malah berpotensi membawa risiko keselamatan yang serius,” katanya dalam kenyataan. 

Advertisement
Calvin turut menerima aduan bahawa tanah runtuh tersebut telah menyebabkan kerosakan kepada struktur rumah penduduk yang berhampiran. 

“Kerja pemulihan perlu segera dilaksanakan dengan pengukuhan cerun dan pemulihan kawasan terjejas,” tambahnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here