SANDAKAN: Adun Karamunting, Datuk George Hiew menggesa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) supaya meningkatkan komunikasi dengan penduduk dan peniaga tempatan, sebelum melaksanakan sebarang keputusan yang memberi kesan besar kepada komuniti.
Beliau menekankan pentingnya perbincangan bersama masyarakat, khususnya peniaga, untuk mengelakkan salah faham yang boleh menggugat keyakinan mereka terhadap kerajaan.
“Kerajaan, terutamanya MPS, perlu berbincang dengan peniaga tempatan tentang perkara mustahak yang melibatkan semua pihak, terutamanya perkara berkaitan dengan cukai.
“Penguatkuasaan secara tiba-tiba boleh membuatkan peniaga hilang keyakinan untuk terus berniaga di Sandakan,” katanya.
Advertisement





