Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
NGO: Sabah Electricity perlu anggotai Majlis Tenaga Sabah
Published on: Sunday, January 19, 2025
Published on: Sun, Jan 19, 2025
Text Size:
Text:
NGO: Sabah Electricity perlu anggotai Majlis Tenaga Sabah
“Justeru, keanggotaan Sabah Electricity dalam MTS bukan sekadar keperluan teknikal, tetapi keperluan strategik,” kata David.
Kota Kinabalu: Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM), David Chan menyarankan Sabah Electricity (SE) dilantik sebagai anggota tetap Majlis Tenaga Sabah (MTS). 

Menurutnya, langkah itu penting untuk memastikan hal ehwal tenaga termasuk bekalan elektrik dapat ditangani dengan lebih berkesan selaras dengan keperluan dan realiti operasi ekosistem tenaga di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Advertisement
“Sebagai entiti yang bertanggungjawab atas penjanaan, penghantaran, dan pembekalan elektrik, Sabah Electricity mempunyai pemahaman mendalam tentang cabaran dan keperluan sistem grid. 

“Sebagai contoh, krisis berkaitan keperluan bebas asas (baseload), rizab margin, dan Saidi (Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem) memerlukan kepakaran teknikal Sabah Electricity untuk mencari penyelesaian yang berdaya maju,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
David berkata, ketiadaan suara tetap Sabah Electricity dalam MTS menimbulkan risiko keputusan yang tidak berpaksikan data dan pengalaman operasi sebenar.

“Sebagai makluman, Sabah Electricity juga mempunyai entiti bebas dari segi operasi seperti Grid System Operator (GSO) dan Single Buyer (SB). Fungsi-fungsi ini memastikan integriti dan keberkesanan sistem grid.

Advertisement
“Bagaimanapun, Sabah Electricity tidak diletakkan sebagai anggota tetap MTS kerana disifatkan boleh menimbulkan konflik kepentingan, memandangkan syarikat ini satu-satunya syarikat utiliti pembekal tenaga elektrik di Sabah,” katanya.

Beliau tidak setuju dengan perkara itu, menekankan Sabah Electricity adalah antara tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mendapat pensijilan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu pensijilan yang memerlukan penilaian yang ketat dan berintegriti.

Advertisement
“Pada masa yang sama, sebagai sebuah syarikat GLC, syarikat utiliti ini juga secara langsung dimiliki dan menyumbang secara langsung kepada hasil kerajaan Sabah.

“Justeru, keanggotaan Sabah Electricity dalam MTS bukan sekadar keperluan teknikal, tetapi keperluan strategik,” katanya.

Katanya, ia juga seiring dengan peranan MTS dalam menentukan dasar kritikal, termasuk tarif elektrik, pengagihan gas, dan strategi penjanaan kuasa.

“Ketika bekalan elektrik di Sabah masih lagi berada di bawah kawal selia Kerajaan Persekutuan, syarikat ini juga dimasukkan sebagai anggota tetap bagi Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET).

“Selain Sabah Electricity, JPPPET turut dianggotai Suruhanjaya Tenaga (ST), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Bagi saya, fungsi MTS juga berkait rapat dengan fungsi JPPPET. Persoalan saya, kenapa pula Sabah Electricity tidak dimasukkan sebagai anggota tetap?”

Beliau menyeru Kerajaan Sabah mempertimbang dan memasukkan Sabah Electricity sebagai angota tetap dalam MTS untuk memastikan segala keputusan berkaitan dasar dan perancangan benar-benar menyeluruh dan berkesan dalam menangani hal ehwal tenaga, khususnya bekalan tenaga di Sabah. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here