Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Perkis terus laksana program kebajikan
Published on: Monday, January 20, 2025
Published on: Mon, Jan 20, 2025
Text Size:
Text:
Perkis terus laksana program kebajikan
PERKIS Bahagian Putatan dan Penampang bersama Abd Sani.
Kota Kinabalu: Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (Perkis) akan terus melaksanakan program kebajikan bagi membantu golongan memerlukan.

Presidennya, Abd Sani Marif berkata, ini selaras objektif penubuhan Perkis iaitu melaksanakan kerja-kerja amal serta program memperkasa kemajuan sosio-ekonomi masyarakat Islam di negeri ini.

Advertisement
Abd Sani berkata, Perkis berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti bukan saja dari segi kebajikan dengan memberi sumbangan kepada golongan asnaf, fakir miskin dan anak yatim malah aktiviti keagamaan hasil kerjasama semua bahagian Perkis di seluruh negeri.

Beliau berucap dalam Majlis Pautan Ukhuwah Kasih Perkis Bahagian Putatan dan Penampang sempena Jelajah Presiden Perkis di Putatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Abd Sani turut mengajak masyarakat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus memperkukuh kesepakatan dan perpaduan bagi menjamin kehidupan harmoni dan sejahtera.

Selain memperkukuh ikatan ukhuwah, program ini sebagai permulaan langkah tahun ini untuk menyebarkan dakwah dan membantu golongan memerlukan.

Advertisement
Turut diadakan, penyampaian watikah pelantikan kepada Ahli jawatankuasa Perkis Putatan dan Penampang dan sumbangan kepada pelajar Ma’had Tahfiz.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here