Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bantuan khas RM300 GRS bukan ‘gula-gula’ – Armizan
Published on: Monday, January 20, 2025
Published on: Mon, Jan 20, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Bantuan khas RM300 GRS bukan ‘gula-gula’ – Armizan
ARMIZAN (sembilan dari kiri) bersama tetamu kehormat mempamerkan skrol sebagai simbolik perasmian projek Kinarut Palm City.
PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali menafikan dakwaan bahawa Bantuan Khas RM300 diperkenalkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah ‘gula-gula’ bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN17) akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung GRS berkata, sebaliknya inisiatif yang dilaksanakan tahun ini, itu sememangnya untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.

Advertisement
Katanya, terdapat pelbagai bantuan lainnya yang telah disalurkan sebelum ini tanpa menunggu dekat PRN17 malah tidak pernah dilaksanakan kerajaan sebelumnya seperti Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), bantuan pendidikan dan banyak lagi.

“(Bantuan Khas ini) tidak hanya muncul masa pilihan raya..ini adalah inisiatif baharu tahun ini, sebelumnya, rumah SMJ kita telah buat termasuk bantuan pendidikan yang kita tidak tunggu pun dekat pilihanraya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Semua yang kita beri kepada rakyat ini adalah susulan daripada peningkatan pendapatan kerajaan negeri di bawah GRS yang telah membawa kestabilan walaupun belum sepenggal mentadbir Sabah.

“Ini adalah pencapaian GRS yang tidak dibuat orang lain sebelum ini termasuk pihak yang mencari salah kita dengan mengatakan ia adalah ‘gula-gula’ PRN kerana mereka terjejas dengan prestasi kita,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Kinarut Palm City oleh Kumpulan WSG, di sini, Ahad.

Advertisement
Armizan yang Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, pelbagai bantuan kerajaan GRS itu akan menjadi program tahunan sekiranya rakyat terus beri kepercayaan kepada Hajiji selepas PRN17.

Beliau percaya pendapatan kerajaan negeri di bawah GRS selepas ini akan bertambah seterusnya dapat dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pelbagai bantuan dan program.

Advertisement
“Contohnya, Bantuan Khas RM300 ini yang sudah tentu akan banyak membantu meringankan sedikit beban golongan sasar, ditambah lagi dengan bantuan daripada kerajaan persekutuan.

“Seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang Alhamdulillah belum menyelesaikan semua masalah tetapi mengurangkan beban rakyat khususnya golongan miskin dan miskin tegar,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here