Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan rancang warta lebih banyak kawasan
Published on: Monday, January 20, 2025
Published on: Mon, Jan 20, 2025
Text Size:
Text:
Kerajaan rancang warta lebih banyak kawasan
RASMI: Christina (dua kiri) ketika merasmikan majlis itu.
RANAU: Kerajaan Sabah merancang untuk mencadangkan kawasan tambahan untuk diwartakan termasuk Teluk Darvel di Lahad Datu, Pulau Mengalum di Kota Kinabalu, Perairan Mantanani di Kota Belud dan bekas kawasan Lombong Mamut di Ranau, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Christina Liew.

“Semua usaha ini selari dengan komitmen Sabah terhadap Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), khususnya di bawah Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal (GBF).

Advertisement
“Ia juga menyokong sasaran 30x30 untuk melindungi 30 peratus kawasan biodiversiti Malaysia menjelang 2030,” katanya semasa penutupan sambutan jubli berlian Taman-Taman Sabah di Kundasang.

Tambah Liew, selepas 60 tahun penubuhan Taman-Taman Sabah, ia kini menyelia sembilan taman negeri di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, beliau berkata terdapat 24 stesen pintu masuk dilengkapi dengan zon rekreasi dan pelbagai kemudahan pelancongan, bersama dengan sembilan pos kawalan di seluruh negeri.

Taman-Taman Sabah kini menyelia sembilan taman negeri di Sabah, dan terdapat 24 stesen pintu masuk dilengkapi dengan zon rekreasi dan pelbagai kemudahan pelancongan, bersama dengan sembilan pos kawalan di seluruh Negeri.

Advertisement
Sepanjang enam dekad, Taman-Taman Sabah mencapai beberapa kejayaan, termasuk pemeteraian perjanjian Kawasan Perlindungan Warisan Pulau Penyu dua hala dengan Filipina pada 1996.

Pada 12 Jun 2014, Unesco mengiktiraf Banjaran Crocker, merangkumi 10 daerah di Sabah, sebagai Rizab Biosfera di bawah program Man and the Biosphere.

Advertisement
Dari segi pelancongan, Liew menyebut Pulau Sipadan telah menjana pendapatan lebih RM16 juta sejak ia diwartakan pada 2009.

“Ketika kami meraikan kejayaan ini, kami berharap dapat meningkatkan usaha pemuliharaan dan memacu eko-pelancongan sebagai tonggak ekonomi penting bagi negeri ini,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here