Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pusat sehenti beri persekitaran kondusif buat anak istimewa
Published on: Tuesday, January 21, 2025
Published on: Tue, Jan 21, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Pusat sehenti beri persekitaran kondusif buat anak istimewa
MIZMA memotong reben sempena perasmian Pusat Sehenti untuk Praise Lahad Datu.
LAHAD DATU: Penubuhan Pusat Sehenti atau One Stop Centre bagi anak-anak istimewa di daerah ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam mensejahterakan rakyat, termasuk golongan istimewa di Sabah.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Segama, Datuk Mizma Appehdullah berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha membangun negeri demi kesejahteraan rakyat, khususnya dalam menyediakan keperluan seperti Pusat Sehenti ini.

Advertisement
Mizma berkata, pusat sehenti bagi Persatuan Anak-anak Istimewa Lahad Datu (Praise) ini merupakan satu usaha yang sangat baik dalam menjadi pusat informasi dan latihan buat anak-anak istimewa.

Katanya, pusat sehenti ini juga dapat menyediakan kemudahan dan persekitaran yang kondusif untuk anak-anak istimewa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap semua golongan masyarakat dan sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang dapat membantu masyarakat.

“Dengan adanya pusat sehenti ini, anak-anak istimewa akan dapat mengembangkan potensi mereka serta menjalani latihan yang bersesuaian,” katanya.

Advertisement
Mizma yang ditemui selepas merasmikan Rumah Praise Lahad Datu turut menzahirkan perasaan gembira dengan usaha yang mampu membantu anak-anak istimewa ini.

Tambahnya, pusat sehenti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada anak-anak istimewa, tetapi juga kepada ibu bapa yang mana ianya mampu memberi latihan serta rujukan kepada mereka untuk memahami keperluan anak-anak istimewa.

Advertisement
Sementara itu, Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen Mohd Dzul berkata, kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah dana bagi membina pusat sehenti bagi anak-anak istimewa.

Katanya, pusat sehenti bagi Praise Lahad Datu melibatkan dua peringkat dan dibina di Jalan Assam yang dijangka siap pada tahun ini.

“Penubuhan pusat sehenti ini akan mampu memberikan pendidikan awal kepada anak-anak istimewa yang menyokong keperluan kemandirian dan kemenjadian mereka,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here