Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Suspek rompak bersenjata diburu
Published on: Tuesday, January 21, 2025
Published on: Tue, Jan 21, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Suspek rompak bersenjata diburu
Suspek rompak bersenjata diburu
LAHAD DATU: Polis memburu seorang lelaki disyaki terlibat kejadian rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit di Simpang Payang, Batu 7, di sini pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah, ACP Dzulbaharin Ismail dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, dalam kejadian kira-kira 4.35 petang itu, suspek melarikan kira-kira RM1,220 yang diambil dari laci juruwang.

Advertisement
“Siasatan mendapati ketika kejadian, juruwang sedang mengira jumlah barangan yang dibeli suspek, apabila suspek yang memakai topi keledar meletakkan pisau di leher mangsa.

“Suspek kemudian membuka laci dan mengambil wang tunai sebelum melarikan diri menggunakan motosikal EX5 Honda bersarung set hitam dan merah,” kata Dzulbaharin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dzulbaharin berkata, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pegawai penyiasat, Insp Iskandar Kiprawi di talian 089-881255 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Advertisement
Rakaman kejadian itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) kedai tersebut tular di media sosial sebelum ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here