Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Warisan yakin pertahan 4 kerusi Dewan Undangan Negeri
Published on: Tuesday, January 21, 2025
Published on: Tue, Jan 21, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Warisan yakin pertahan 4 kerusi Dewan Undangan Negeri
YUSOF (kelima dari kanan) bersama pemimpin tempatan pada majlis itu.
LAHAD DATU: Parti Warisan (Warisan) yakin akan dapat mempertahankan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Lahad Datu, yang dimenanginya sebelum ini.

Timbalan Ketua Bahagian Warisan Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata, Warisan mempunyai keyakinan untuk mempertahankan empat kerusi ini dengan lebih baik.

Advertisement
Katanya, Warisan merupakan sebuah parti yang sentiasa konsisten dalam perjuangannya.

“Kita bukan satu parti politik yang bertukar-tukar. Kaedah kita meyakinkan rakyat untuk memberi kita peluang memerintah negeri ini, sebab semangat kita dari dulu sampai sekarang, keutamaan kita ialah kembalikan hak kepada negeri Sabah terutama yang termaktub dalam MA63.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Walaupun kita pembangkang, kita masih berjuang. Kita menjelaskan kepada rakyat Sabah dan kerajaan Malaysia tentang apa sebenarnya yang kita mahu orang Sabah faham dan tahu. Itu perjuangan kita. 

“Kami amat konsisten,” katanya.

Advertisement
Yusof berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pasar Malam Hakka sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025.

Yusof, yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu, berkata Warisan bukan macam parti politik lain yang hanya mengambil peluang untuk memerintah.

Advertisement
Katanya, Warisan sentiasa melaksanakan yang terbaik untuk Sabah dan rakyat Malaysia.

Terdahulu, Yusof melahirkan rasa gembira dengan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama yang ditonjolkan melalui Pesta Pasar Malam Tahun Baharu Cina ini.

“Perbezaan agama, bangsa dan budaya tidak menghalang untuk kita mewujudkan suasana yang harmoni.

“Pesta Pasar Malam ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim dan perpaduan, tetapi juga memberi peluang serta manfaat dari sudut ekonomi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here