Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bekas pengawal keselamatan bebas tuduhan cuba rogol pelajar UMS
Published on: Wednesday, January 22, 2025
Published on: Wed, Jan 22, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Bekas pengawal keselamatan bebas tuduhan cuba rogol pelajar UMS
Dia disabitkan di bawah Seksyen 376(2)(a)/511 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang bekas pengawal keselamatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dikenakan enam kali sebatan rotan kerana cuba merogol seorang pelajar universiti berusia 18 tahun, dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Selasa.  

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Azmi Ariffin, dan Datuk Azhahari Kamal Ramli, membebaskan dan melepaskan Arshad Masdin selepas mendengar rayuan serta hujah pihak pendakwaan sebagai responden.  

Advertisement
Antara lain, mahkamah memutuskan bahawa sebab utama membenarkan rayuan berkenaan adalah kerana hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan bukti DNA yang memihak kepada pihak pembelaan yang menimbulkan keraguan munasabah.  

Arshad merayu terhadap keputusan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah cuba merogol gadis berusia 18 tahun itu dengan merobek dan menanggalkan pakaian mangsa jam 12.30 tengah malam, 15 Julai 2018, di asrama UMS.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia disabitkan di bawah Seksyen 376(2)(a)/511 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 9 Februari 2023, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Arshad Masdin dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.  

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohamad Arif Aizuddin Masrom tampil untuk pendakwaan manakala peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri mewakili Arshad.  

Sementara itu, seorang lelaki berusia 32 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas tuduhan membunuh seorang lagi lelaki.

Advertisement
Mohamad Rafi Simmachulam membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Celestina Stuel Galid atas pertuduhan dihadapinya.

Dia didakwa membunuh Anis Matiuns antara jam 4 petang hingga 5 petang pada 11 Februari 2024 di tepi jalan di Kg Rukom, Kota Marudu.  

Mahkamah menetapkan 3 Februari untuk sebutan bagi mengetahui status peguam yang akan mewakili Mohamad.  

Sementara menunggu tarikh berkenaan, Mohamad diperintahkan untuk direman lanjut.  

TPR Lovely Natasha Charles mengendalikan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here