Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Didakwa bunuh adik, bekas pemain ragbi Sabah dibicara 7-11 Julai
Published on: Thursday, January 23, 2025
Published on: Thu, Jan 23, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Didakwa bunuh adik, bekas pemain ragbi Sabah dibicara 7-11 Julai
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati, atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang bekas pemain ragbi Sabah yang didakwa membunuh adik perempuannya dua tahun lalu, akan dibicarakan pada 7-11 Julai tahun ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Lim Hock Leng menetapkan tarikh itu bagi Arden Mattson Maturin, 29, apabila kesnya dikemukakan untuk sebutan bagi menetapkan tarikh perbicaraan pada Rabu.

Advertisement
Arden didakwa membunuh Audrey Maturin, 24, antara jam 3.30 petang dan 4.30 petang pada 4 Mei 2023, di sebuah rumah di Taman Prestij, Jalan Signal Hill.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati, atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Arden ditahan reman lanjut sementara menunggu pelupusan kesnya kerana pertuduhan terhadapnya tidak boleh diikat jamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lovely Natasha Charles manakala Arden diwakili peguam Julhamri Jumhani.

Advertisement
Di mahkamah lain, seorang warga Filipina yang didakwa mengedar 57.52 gram syabu, akan disebut kesnya pada 4 Feb tahun ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Celestina Stuel Galid menetapkan tarikh itu bagi Al Kaidal Bagin untuk pengakuannya direkodkan sementara menunggu ketersediaan jurubahasa Suluk.

Advertisement
Dia didakwa mengedar dadah itu pada 12.50 tengah hari 15 Mei 2024 di tangga bangunan kedai berhampiran Restoran Jannath Food Corner di Bandar Sierra, Manggatal, dekat sini.

Al Kaidal, yang tidak diwakili, diperintahkan direman lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here