Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin Sabah mulai Februari
Published on: Thursday, January 23, 2025
Published on: Thu, Jan 23, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin Sabah mulai Februari
Hajiji berkata Kabinet Negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan. - Pic for illustration only
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin, serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun dan ke atas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet Negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.

Advertisement
“Menerusi inisiatif yang akan diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) ini, kami berharap ia dapat membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya semasa perayaan utama di negeri ini,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu di sini, Rabu.

Selain itu, Hajiji turut mengarahkan kesemua ketua jabatan untuk memantau rapi pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini bagi mengelak daripada menjadi projek sakit dan terbengkalai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya menyeru kesemua ketua jabatan, bukan sahaja di bawah Jabatan Ketua Menteri tetapi juga di kementerian lain termasuk pegawai daerah.

“Saya ingin mengingatkan semua pegawai kerajaan negeri supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti dan memastikan projek untuk rakyat disiapkan mengikut jadual,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here