Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Laporan pasukan petugas khas: ‘Tidak babit isu buli, beban kerja’
Published on: Thursday, January 23, 2025
Published on: Thu, Jan 23, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Laporan pasukan petugas khas: ‘Tidak babit isu buli, beban kerja’
Borhan (kiri) berkata dapatan mereka merumuskan dakwaan mendiang Dr Tay (kanan) ditindas, dizalimi atau dibuli ketua jabatannya juga tidak berbangkit.
PUTRAJAYA: Kematian pakar perubatan patologi di Hospital Lahad Datu, Sabah pada Ogos tahun lepas tidak melibatkan isu buli di tempat kerja atau menghadapi beban kerja berlebihan.

Pengerusi pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar patologi itu Tan Sri Borhan Dolah berkata dapatan mereka merumuskan dakwaan mendiang ditindas, dizalimi atau dibuli ketua jabatannya juga tidak berbangkit.

Advertisement
“Kalau kita lihat dari segi dapatan siasatan, mereka bekerja sebagai satu pasukan yang baik, sentiasa berhubung dan saling bantu-membantu dalam urusan kerja masing-masing,” katanya pada sidang media khas di sini, Rabu.

Borhan berkata siasatan terhadap dakwaan ketua jabatan hospital itu tidak bertindak sebagai pemimpin juga tidak timbul, kerana semua mereka bekerja secara berpasukan dan profesional, yang diperoleh menerusi temu bual rakan dan kakitangan hospital.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, Borhan berkata tiada sebarang aduan dimaklumkan kepada pasukan siasatan berhubung dakwaan ketua jabatan dan mendiang dilihat bertengkar.

Pasukan itu secara umumnya, juga tidak menemukan bukti yang dapat menyokong dakwaan mendiang dibebani beban kerja berlebihan dan di luar skop kerja, kerana tugasan dilakukannya adalah seperti ditetapkan dalam senarai tugas.

Advertisement
“Tidak ada satu pun yang kita dapati berada luar skop atau luar bidang tugas dan selaku Timbalan Ketua Jabatan 1, mendiang bertanggungjawab menguruskan perolehan dalam isu penjagaan stor dan sebagainya,” katanya.

Berhubung dakwaan mendiang dirujuk sebagai pegawai perubatan bagi urusan luar bidang, beliau berkata pihaknya juga tidak menemukan bukti yang dapat menyokong kenyataan itu.

Advertisement
Beliau berkata apa yang berlaku ialah disebabkan tugasan on-call, yang mana semasa itu, doktor terlibat perlu menjawab semua soalan yang didatangkan daripada pelbagai bidang.

Berhubung dakwaan mendiang mahu dikekalkan berkhidmat di Semenanjung, Borhan berkata pihaknya mendapati tiada rayuan dibuat mendiang di bahagian sumber manusia.

Siasatan pasukan itu secara keseluruhan melibatkan temu bual dengan 19 individu terdiri daripada ahli keluarga, kakitangan hospital dan saksi berkaitan, 41 dokumen antaranya laporan polis, rakaman video, gambar dan laporan perubatan serta lawatan ke hospital itu.

Borhan berkata pasukan itu juga telah mengemukakan beberapa syor kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelak kejadian seperti itu berulang, selain mencadangkan program bagi membantu pegawai perubatan yang bertukar antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dilakukan agar mereka cepat beradaptasi.

Pada 29 Ogos, mendiang ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Lahad Datu dan kematian itu tular di media sosial selepas ahli keluarganya mendakwa ia disebabkan mangsa menghadapi tekanan dan dibuli di tempat kerja.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi hantaran di platform X pada 16 Sept, menggesa siasatan terperinci dilakukan terhadap dakwaan itu kerana tidak boleh bertoleransi dengan perbuatan buli.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here