Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
SR Yanshuei tiba untuk latihan bersama
Published on: Thursday, January 23, 2025
Published on: Thu, Jan 23, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
SR Yanshuei tiba untuk latihan bersama
PASUKAN Yanshuei bersama pegawai SSTA di KKIA.
Kota Kinabalu: Pasukan tenis lembut Sekolah Rendah Yanshuei Chinese Taipei tiba di sini pada Selasa untuk program latihan bersama Persatuan Tenis Lembut Sabah (SSTA).

Pasukan pelawat bersama 10 pemain diketuai guru besar dan dua guru serta lapan ahli keluarga disambut Presiden SSTA Justin Liew, ketua jurulatih KK Chin dan pegawai lain sejurus ketibaan mereka.

Advertisement
Seramai 45 pemain termasuk warga tempatan terlibat dalam program itu bermula dengan sesi latihan selama dua hari pada Rabu di gelanggang Tenis Likas dan akan berakhir dengan pertandingan berpasukan pada Jumaat.

Selain itu, kunjungan pendidikan melawat SJKC St James, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Perkampungan Budaya Mari-Mari, serta lawatan bersiar-siar di sekitar bandar juga diatur untuk mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Chin akan mengetuai pasukan 10 pemain untuk program latihan empat hari di Taipei dari 9-14 Feb.

Pemain tersebut ialah Jayden Jay Ng, Wee Jian Fang, Ayden Ho Ming Xuan, Louis Ho Ming Kang, Mason Lo Hoe Jun, Amelia Lo Wei Qi, Amanda Sophie Ng, Michah Joel Lai, Abby Siaw Mei Qi dan Makayla Lai Chang Li.

Advertisement
Mereka akan diiringi oleh pegawai Wee Siau Wei, Jessica Chin dan Beverly Koh. 

Chin, yang juga setiausaha agung SEASTF (Persekutuan Tenis Lembut Asia Tenggara) juga berkata Malaysia akan diwakili oleh dua pemain dengan seorang ketua jurulatih pada Kejohanan Tenis Lembut Antarabangsa DongA ke-103 yang akan diadakan di Korea Selatan 2-10 Mei.

Advertisement
Tambahnya, dua lagi kejohanan di Korea Selatan akan menyusul sebulan kemudian bermula dengan Kejohanan Antarabangsa Piala Nonghyup Bank Incheon Korea (16-23 Jun) dan kejohanan Terbuka Sunchang (23 Jun-1 Julai).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here