Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Wanita cedera dalam kemalangan di Kunak
Published on: Friday, January 24, 2025
Published on: Fri, Jan 24, 2025
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Wanita cedera dalam kemalangan di Kunak
KENDERAAN Perodua Aruz yang terlibat dalam kemalangan. 
KUNAK: Seorang wanita berumur 46 tahun mengalami kecederaan selepas kenderaan Perodua Aruz yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM28 Jalan Kunak - Lahad Datu, awal pagi Khamis.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kunak, Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian balai jam 1.01 pagi.

Advertisement
Sepasukan lima anggota yang diketuai Komander Operasi PBK II Kamarulzaman Rosli ke lokasi kejadian dengan jentera FRT dan kenderaan EMRS.

Menurutnya, kenderaan itu dipercayai terbabas sendiri di bahu jalan dengan kerosakan teruk.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Terdapat tujuh mangsa terlibat dalam kenderaan itu. Hanya seorang daripadanya mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya.

Pasukan EMRS bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera itu dan seterusnya diserah kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Advertisement
Operasi ditamatkan jam 1.50 pagi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here