SEMPORNA: Sebuah rumah kayu di Kampung Senallang Haji Amir musnah dalam kebakaran pada Khamis.
Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 12 tengah hari dan tiba di lokasi pada jam 12.06 tengah hari.
Pasukan itu terdiri daripada tujuh anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bomba dan kenderaan EMRS.
Jabatan itu menyatakan kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.50 tengah hari dan rumah berukuran 20 X 30 kaki itu musnah 98 peratus.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat pada 1.33 tengah hari selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian,” kata jabatan itu.