Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Syor pemukiman sebelum cadangan projek dimasuk dalam RMK13
Published on: Friday, January 24, 2025
Published on: Fri, Jan 24, 2025
Text Size:
Text:
Syor pemukiman sebelum cadangan projek dimasuk dalam RMK13
Ewon mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Intervensi Penyelarasan Pemantauan Program dan Projek Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah Bil 1/2025, di Pejabat Setiausaha Persekutuan,
Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Intervensi Penyelarasan Pemantauan Program/Projek Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah Bil 1/2025, di Pejabat Setiausaha Persekutuan, di sini, Khamis.

Mesyuarat yang dipengerusikan bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya, bertujuan membincangkan intervensi bagi projek-projek berstatus prapelaksanaan termasuk yang belum dilaksanakan dari Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sehingga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Advertisement
Ewon berkata, dalam mesyuarat itu beberapa syor intervensi dan libat urus antara kementerian, jabatan dan agensi berkaitan dibuat.

“Antara cadangan itu ialah memperincikan pecahan kategori projek prapelaksanaan (2013-2022) iaitu menyenaraikan projek-projak yang ditangguh, dibatalkan, ditender semula, apa isu, cadangan, keperluan, intervensi dan sasaran penyiapan setiap projek terbabit.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, saya juga mencadangkan Makmal Intervensi projek-projek prapelaksanaan yang memerlukan penilaian lebih terperinci.

Pada bulan hadapan, mesyuarat ini akan memfokus kepada intervensi projek-projek prapelaksanaan di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan,” katanya pada Khamis.

Advertisement
Dalam Mesyuarat Khas Penyelarasan Pemantauan pada 7 Disember 2024, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof telah meminta Ewon mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa intervensi ini supaya projek-projek dalam kategori prapelaksanaan di Sabah dapat dijayakan dengan berkesan.

Ewon menghargai komitmen semua ahli mesyuarat yang mahu saling melengkapkan amanah dan tanggungjawab masing-masing bagi menjayakan setiap projek pembangunan yang dirancang.

Advertisement
“Semoga usaha bersama ini membuahkan hasil yang cemerlang untuk manfaat rakyat dan negara,” katanya.

Katanya lagi, Kabinet Persekutuan telah memutuskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) isu tapak setiap projek mesti diselesaikan sebelum cadangan projek dimasukkan dalam RMK13.

“Kerajaan negeri perlu mengambil iktibar daripada rancangan sedia ada dan saya mencadangkan supaya kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mengadakan pemukiman bersama semua kementerian, jabatan dan agensi sebelum cadangan projek dimasukkan dalam RMK13. Ini penting bagi mengelak masalah atau isu-isu sebelum ini seperti projek sakit, dibatalkan dan ditangguh berulang kembali,” katanya.

Dalam mesyuarat itu, Ewon turut menghargai komitmen Kerajaan Sabah khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah yang telah mengiklankan pengambilan 32 jurutera awam, lima arkitek dan 108 penolong jurutera awam bagi memacu pelaksanaan projek-projek fizikal yang dipertanggungjawabkan kepada JKR Sabah, susulan keputusan pengiktirafan sebagai jabatan teknikal bagi melaksanakan projek-projek bernilai RM50 juta ke bawah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here