Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kajian Pusat Angkasa dimuktamad masa terdekat
Published on: Saturday, January 25, 2025
Published on: Sat, Jan 25, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kajian Pusat Angkasa dimuktamad masa terdekat
ARIFFIN (kedua dari kanan) mencuba salah satu bahan pameran sains dan inovasi di majlis itu.
MEMBAKUT: Pusat Angkasa Negeri Sabah yang bakal berfungsi sebagai landasan  pelancaran satelit akan diwujudkan di Sabah sekiranya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa badan angkasa antarabangsa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Dr Ariffin Arif berkata, usaha ke arah itu kini dalam proses kajian oleh pihak dilantik dan dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Advertisement
“Pusat Angkasa ini ketika ini dalam kajian membabitkan pelbagai aspek mengikut keperluan ditetapkan dan kita menunggu keputusan akhir kajian, selepas itu akan dibawa ke KSTI untuk dimurnikan. 

“Kemudian kita akan kemukakan hasil kajian ini ke kabinet Negeri Sabah untuk ulasan dan pertimbangan dalam tahun ini, sebelum dibawa ke kementerian bertanggungjawab di peringkat pusat,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mobile Exhibition “Experiencing Science: Enlightening Innovation” di Dewan Kesenian di Pekan Membakut, di sini. 

Hadir sama Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim dan Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki.

Advertisement
Ariffin, yang juga Exco Pendidikan berkata, sekiranya direalisasikan, Pusat Angkasa Negeri Sabah itu bakal menjadi yang pertama bukan saja di Malaysia tetapi juga di peringkat Asean.

Malah, katanya, pusat berkenaan juga akan terlibat dalam pelbagai bidang aero-angkasa antaranya logistik dan pemasangan satelit membabitkan lebih 300 produk berasaskan industri angkasa.

Advertisement
Pada masa sama katanya, Pusat Angkasa Negeri Sabah itu dijangka mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkaitan industri angkasa khususnya kepada anak tempatan.

“Pusat Angkasa Negeri ini berfungsi sebagai tempat melancarkan roket satelit, bukannya mahu naik ke bulan, justeru ini adalah industri besar malah lebih besar daripada sektor minyak dan gas.

“Sudah tentu industri ini akan buka peluang pekerjaan khususnya di kalangan anak-anak tempatan termasuk perniagaan, sewajarnya kita ambil peluang ini dengan memperkasa bidang sains dan teknologi di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hanafiah berkata, Sabah dipilih untuk kajian bagi pusat pelancaran satelit kerana kedudukannya strategik dan dekat dengan garisan khatulistiwa yang menjadi  aspek penting bagi pelancaran satelit.

Katanya, potensi khas dimiliki itu menjadikan kos pelancaran satelit di Sabah jauh lebih murah seterusnya akan menjana pendapatan pasif yang amat besar kepada negeri ini.

“Landasan pelancaran satelit di seluruh dunia ketika ini sesak, maka satu lokasi baharu diperlukan dan Sabah dilihat oleh pihak pakar sebagai lokasi paling strategik serta menjimatkan kos.

“Landasan ini memang banyak malah lokasi baharu juga banyak di seluruh dunia namun tidak dapat saingi keistimewaan lokasi di Sabah yang strategik, dekat dan kos operasi yang jauh lebih murah,” katanya, yang enggan mendedahkan lokasi terbabit.

Mohd Hanafiah berkata, pihaknya juga bercadang membina Taman Perindustrian Aero-Angkasa (TPAA) bagi memenuhi semua keperluan dalam bidang pelancaran satelit, jika projek itu direalisasikan.

Ini kerana, katanya, selain menjadi lokasi pelancaran satelit, ia turut memberi sumber pendapatan kepada banyak industri seperti bidang lojistik bagi pengangkutan material satelit.

“Dalam lima tahun pertama, banyak keperluan untuk menyempurnakan landasan pelancaran antaranya lojistik kapal laut pengangkut untuk membawa sebarang material satelit.

“Selepas itu, kita akan buat rangkaian macam Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) yang kita panggil TPAA bagi memenuhi semua keperluan ekosistem dalam industri angkasa,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here