Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
‘Empangan dijangka siap tahun depan’: Bakal selesai isu bekalan air Tawau
Published on: Saturday, January 25, 2025
Published on: Sat, Jan 25, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
‘Empangan dijangka siap tahun depan’: Bakal selesai isu bekalan air Tawau
TAPAK projek pembinaan Empangan Air di Jalan Gudang Empat.
TAWAU: Masalah bekalan air tidak mencukupi di daerah ini dijangka selesai apabila projek pembinaan Empangan Air di Jalan Gudang Empat, di sini, siap menjelang 2026, kata Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Beliau, yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, apabila empangan siap nanti, jumlah bekalan air untuk dirawat adalah mencukupi bagi jangka masa panjang, sekali gus menangani bekalan sumber air yang semakin mengecil berbanding permintaan di daerah ini.

Advertisement
Perkara itu, katanya, turut berpunca daripada pelbagai faktor seperti paip lama dan bocor serta kecurian air akibat sambungan paip haram dari sistem agihan.

“Sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek, Jabatan Air giat melaksanakan pemotongan sambungan paip haram menerusi program mengurangkan kadar air tidak berhasil, menggantikan paip-paip bocor dan membuat agihan air bersih menerusi lori tangki.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita juga sudah memasukkan perolehan lori tangki baharu dan tambahan serta meningkatkan efisiensi kerja-kerja di loji rawatan air yang peralatannya sudah lama dan perlu diganti,” katanya.

Shahelmey berkata, tahun lepas juga, kerajaan sudah melantik panel-panel kontraktor untuk membaiki kerosakan paip dan peralatan yang rosak bagi membolehkan kerosakan dapat ditangani segera, sekali gus memastikan bekalan air tidak terganggu terlalu lama.

Advertisement
Beliau berkata demikian kepada media selepas Kempen Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Tawau sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 di Jambatan Putih, dan turut mendengar taklimat ringkas projek menaiktaraf Jalan Utara Baru serta melawat tapak projek Empangan Air di Gudang Empat, pada Khamis petang.

Menyentuh kempen itu, Shahelmy berharap masyarakat meningkatkan tahap pematuhan terhadap peraturan jalan raya semasa musim perayaan dan cuti sekolah kerana aliran trafik dijangka meningkat dengan pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Advertisement
Berkenaan projek menaiktaraf Jalan Utara sepanjang 5.4 kilometer itu pula, beliau menyatakan kemajuan projek berkenaan masih munasabah. Projek bernilai RM206 juta itu bermula sejak Mac 2023 dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Untuk rekod, majlis pecah tanah projek empangan air itu disempurnakan bekas Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah pada Januari 2018.

Beliau ketika itu mengumumkan Projek Skim Bekalan Air Tawau (SBAT) Fasa III-  Rekabentuk dan Pembinaan Empangan Air di Jalan Gudang Empat bakal menjadi empangan tercanggih pelbagai guna pertama di Sabah apabila siap menjelang 2021.

Empangan tersebut mempunyai kapasiti 30 juga liter air setiap hari dan mampu menyimpan 4.6 juta meter padu air setiap hari pada musim hujan, serta boleh menjamin bekalan air bersih Tawau bagi tempoh 30 hingga 40 tahun mendatang meskipun tanpa hujan selama enam bulan.

Projek berkenaan diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dengan nilai RM240 juta dan  diumum bakal dibina di atas tanah seluas 679 ekar sejak 2012.

Sejak itu, pemimpin Tawau kerap menyuarakan desakan agar projek dimulakan segera, sekali gus menyaksikan pemimpin bersilih-ganti turun padang meninjau perkembangan projek berkenaan, selain wakil rakyat kawasan.

Antaranya, bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur (kerajaan Warisan), Datuk Peter Anthony; bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin pada 2022 yang mengumumkan projek itu dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi iaitu penghujung 2024.

Manakala, Shahelmey dalam lawatannya pada 2023 menyatakan projek tersebut diberi pada 2017 dan kelewatan berlaku akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia sehingga menyebabkan kehadiran tenaga mahir dari negara China tergendala, namun projek  dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here