Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ogingol luahan cinta Velvet Aduk
Published on: Saturday, January 25, 2025
Published on: Sat, Jan 25, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Ogingol luahan cinta Velvet Aduk
VELVET berkata Ogingol merupakan pembuka tirai kepada album penuh bahasa Dusun pertamanya.
PENYANYI berbakat dari Sabah, Velvet Aduk, kembali menghangatkan arena muzik dengan single pertamanya untuk 2025, Ogingol.

Velvet berkata Ogingol, yang bermaksud ‘cantik’ dalam bahasa Dusun, merupakan pembuka tirai kepada album penuh pertamanya dalam bahasa ibunda yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.  

Advertisement
Menurut pelantun lagu Sumandak Sabah dan Oi Gaman ini, Ogingol dan penghasilan album Dusun merupakan caranya untuk menghargai serta mempelajari bahasa ibundanya melalui penulisan dan penggubahan lagu.  

“Bahasa Dusun sangat indah, tetapi kalau tidak dipelihara, ia mungkin lenyap suatu hari nanti,” katanya.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Setelah kejayaan album Inggerisnya, Darkest Knight, tahun lalu, Velvet berkata dia mahu mencabar dirinya untuk menyanyi sepenuhnya dalam bahasa Dusun.  

“Ogingol hanyalah permulaan. Saya tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak karya menerusi album Dusun terbaru yang akan saya lancarkan tidak lama lagi,” ujarnya.
Advertisement
Mengenai Ogingol, Velvet menyifatkan lagu terbabit sebagai sesuatu yang lebih santai dan ekspresif berbanding karya Dusunnya sebelum ini.  

“Lagu ini mungkin boleh dikaitkan dengan perasaan jatuh cinta. Bagaimanapun, terpulang kepada pendengar untuk mentafsirkan lagu ini mengikut pandangan masing-masing.  

SINGLE itu tidak akan terhasil tanpa kerjasama Brandon Laurie dan Andy O’Mail, kata Velvet.

Advertisement
“Saya harap peminat dapat menikmati sisi lain saya dalam penghasilan lagu dan menyelami keindahan muzik dalam bahasa Dusun.  

“Saya rasa, saya lebih berani untuk berekspresi dalam muzik kali ini. Ini adalah lagu cinta Dusun pertama saya, dan saya seronok bercerita tentang perasaan sebegini,” tambahnya.  

Velvet turut berkata, single itu tidak akan terhasil tanpa kerjasama Brandon Laurie dan Andy O’Mail, yang memainkan peranan besar dalam penggubahan muzik.  

“Saya juga mendapat bimbingan daripada ibu saya, Mary Golingi, dan ibu saudara saya, Irene Golingi, khususnya dalam penulisan lirik bahasa Dusun.  

“Bukan mudah bagi saya menghasilkan lirik lagu ini kerana saya masih belajar dan mendalami bahasa ini,” katanya lagi sambil menambah, versi karaoke Ogingol bakal dilancarkan tidak lama lagi.  

Velvet turut mendedahkan album Dusunnya kelak bakal memuatkan 10 lagu bertemakan keindahan bahasa dan budaya Dusun.  

“Album ini adalah tentang bagaimana saya menghargai bahasa Dusun dan menyadurkan keindahannya ke dalam muzik yang saya suka,” katanya.  

Sudah memulakan proses pembikinan album itu sejak 2024, Velvet berkata dia kini lebih memilih untuk menikmati proses penghasilan lagu tanpa memikirkan hala tuju tertentu dalam muzik.  

“Pada usia ini, keutamaan saya sudah berubah. Saya hanya mahu menikmati proses mencipta muzik selagi saya mampu.  

“Album Dusun ini sebenarnya bermula daripada satu persoalan saja, iaitu ‘bagaimana saya boleh melestarikan bahasa ini melalui lagu?’” katanya.  

Ogingol kini boleh dinikmati di YouTube sejak 17 Januari lalu dan akan tersedia di semua platform penstriman pada 31 Januari ini.   
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here