Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Guru rogol anak teman wanita kena 12 tahun
Published on: Saturday, January 25, 2025
Published on: Sat, Jan 25, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Guru rogol anak teman wanita kena 12 tahun
Lelaki itu disabit mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan. 
Kota Kinabalu: Seorang guru sekolah rendah yang merogol anak teman wanitanya, dipenjara 12 tahun dan dikenakan tiga sebatan rotan. 

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki berusia 55 tahun terbabit, selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap lelaki itu pada Jumaat. 

Advertisement
Lelaki itu didapati bersalah merogol remaja berusia 16 tahun itu pada 15 Feb 2022 jam 3 petang di sebuah rumah di  Kota Marudu. 

Dia disabitkan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani kaunseling semasa menjalani hukuman penjara dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menamatkan hukumannya. 

Mahkamah memerintahkan guru yang digantung kerja itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan pada Jumaat. 

Advertisement
Tetapi, tertuduh berjaya mendapatkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Tinggi. 

Semasa mitigasi, peguam Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman yang mewakili lelaki itu memohon hukuman ringan dengan mengatakan tertuduh kini digantung kerja dan tinggal bersama ibu bapanya yang menghidap penyakit demensia.

Advertisement
Katanya, lelaki itu juga menghidap penyakit yang menyebabkan dia terlantar. 

Sebagai jawapan, Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan berikutan keseriusan kes dan trauma yang dialami mangsa. Semasa perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil empat saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan dua saksi. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here