Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
PBS yakin tandingi Lumadan
Published on: Sunday, January 26, 2025
Published on: Sun, Jan 26, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
PBS yakin tandingi Lumadan
RUSLAN (keenam dari kanan) bersama Matbali (ketiga dari kanan) menyampaikan limau dan kalender kepada salah seorang peniaga Cina semasa acara.
BEAUFORT: Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam mengulangi keyakinannya bahawa kerusi Lumadan kekal ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN17) akan datang.

Beliau, yang juga Adun Lumadan berkata, ia berdasarkan kesepakatan yang dicapai kepimpinan tertinggi PBS dengan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebelum ini.

Advertisement
“(Pemangku Presiden PBS) Datuk Seri Dr Joaquim Gunsalam dengan Ketua Menteri kita memang telah pun sepakat bahawa parti-parti komponen GRS itu akan kekal dengan kerusi sedia ada.

“Ini jelas menunjukkan kerusi Lumadan kekal milik PBS kerana kita telah memenanginya pilihan raya lalu dan saya akan pastikan kerusi ini dipertahankan pada PRN17.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita sudah siap sedia menghadapi PRN17 bila-bila masa,” katanya ketika ditemui di Program ‘Walkabout’ Pejabat Dun Lumadan dan Parlimen Sipitang sempena Tahun Baharu Cina, di sini, Jumaat lepas.

Program itu turut disertai Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk menyantuni peniaga kaum Cina di sekitar Pekan Beaufort, di sini.

Advertisement
Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang merangkap Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (Sabah), Datuk Matbali Musah dan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Lumadan, Mazlan Joehari Manan.

Dalam perkembangan sama, Ruslan yang juga Naib Presiden PBS yakin kerusi Lumadan akan kekal milik PBS dan GRS malah turut percaya mampu meraih lebih banyak undi pada PRN17 kelak.

Advertisement
Menurutnya, ia berdasarkan gerak kerja strategik yang dilaksanakan khususnya dalam menangani masalah besar yang telah “menghantui” rakyat di kawasan itu sejak sekian lama.

“Ditambah lagi dengan kerjasama mantap PGRS Lumadan sebagai rakan komponen dalam GRS, kita yakin kerusi Lumadan kekal milik PBS/GRS dengan kelebihan undi yang lebih besar.

“Keyakinan ini pada masa sama ekoran kepercayaan rakyat terhadap kerajaan GRS di bawah Ketua Menteri yang telah bawa pembaharuan kepada Sabah menerusi pelbagai inisiatif diperkenalkan,” katanya.  
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here