Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pesta Tanglung rai masyarakat Cina Membakut
Published on: Sunday, January 26, 2025
Published on: Sun, Jan 26, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Pesta Tanglung rai masyarakat Cina Membakut
ARIFFIN (tengah) dan tetamu kehormat lain bersama Kumpulan Singa di majlis itu.
MEMBAKUT: Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut menganjurkan Pesta Tanglung Peringkat Daerah Membakut bagi meraikan masyarakat Cina sempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan di acara yang dirasmikan Adun Membakut, Datuk Dr. Ariffin Arif itu, antaranya persembahan Tarian Singa dan Naga serta mercun dan gerai jualan.

Advertisement
Pada majlis itu, Ariffin turut memberikan sumbangan kepada masing-masing RM2,000 kepada dua buah tokong dan RM1,000 kepada sebuah sekolah tadika jenis kebangsaan.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Pesta Tanglung adalah acara tahunan pihaknya yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Membakut, kapitan dan agensi lainnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sambutan perayaan yang diraikan bersama setiap tahun membuktikan Sabah dengan kepelbagaian kaum dan agama adalah wilayah yang berpegang teguh dengan semangat keharmonian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Tanglung yang diadakan di perkarangan Anjung Selera di Pekan Membakut, di sini, pada Jumaat.

Advertisement
Ariffin berkata, sumbangan kepada rumah ibadah dan bantuan kepada golongan sasar sentiasa dilaksanakan pihaknya setiap kali berlangsungnya perayaan tahunan di kawasan ini.

“Semasa Krismas sebelum ini, kita menyumbang kepada semua gereja dan pimpinan agama, begitu juga Tahun Baharu Cina dan selepas ini sumbangan dilaksanakan sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Advertisement
“Ini dilaksanakan setiap tahun yang menunjukkan bahawa kita sentiasa harmoni dan memastikan kesepakatan antara kaum dan agama sentiasa terpelihara kerana itu adalah identiti Sabah,” katanya.

Terdahulu, Arifin turut mengagihkan limau kepada peniaga-peniaga Cina di sekitar Pekan Membakut di program ‘Walkabout’ yang merupakan acara tahunan pihaknya sempena Tahun Baharu Cina.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here