Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Peranan NGO bantu prospek di Penjara Wanita Kota Kinabalu
Published on: Sunday, January 26, 2025
Published on: Sun, Jan 26, 2025
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Peranan NGO bantu prospek di Penjara Wanita Kota Kinabalu
Kota Kinabalu: Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti yang diadakan di dalam Penjara Wanita Kota Kinabalu (PWKK) amat dialu-alukan bagi membantu prospek lebih bersedia untuk kembali kepada komuniti.

Pengarah PWKK Noor Sazlawati Zakaria berkata, sokongan masyarakat luar termasuk NGO sebenarnya akan lebih membantu prospek selepas selesai menjalani hukuman nanti.

Advertisement
“Saya mengambil peluang menerusi program Jalinan Kasih sempena dua perayaan yang disambut hari ini bersama prospek supaya mereka rasa masih berada bersama masyarakat seperti NGO sebagai jemputan pada majlis ini.

“Walaupun prospek berada di sebalik tembok penjara namun kita tidak mahu mereka tidak merasai semangat berkomuniti sebaliknya bersama-sama menyambut perayaan di dalam ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Krismas dan Tahun Baharu Cina di Penjara Wanita Kota Kinabalu di sini, pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya lagi, sebagai peneraju baharu PWKK dia berhasrat untuk memastikan prospek terus diberi sokongan moral tidak kira dari masyarakat atau ahli keluarga mereka sendiri.

“Saya akan meneruskan apa yang telah dilakukan sebelum ini dan akan melihat jika perlu ada yang ditambah baik untuk kebaikan bersama dalam PWKK ini.

Advertisement
“Malah untuk program pendidikan kita juga akan terus pastikan penghuni Sekolah Henry Gurney dapat menjalani sesi persekolahan mereka dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini termasuk lapan penghuni yang bakal menduduki SPM pada tahun ini,” katanya.

Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here