Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Lelaki maut, empat lagi cedera dalam nahas jalan di Lahad Datu
Published on: Monday, January 27, 2025
Published on: Mon, Jan 27, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
 Lelaki maut, empat lagi cedera dalam nahas jalan di Lahad Datu
KEMALANGAN itu yang membabitkan Perodua Viva dan 4WD.
LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 52 tahun maut manakala empat lagi cedera apabila Perodua Viva yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda (4WD) di simpang lampu isyarat di Jalan Pantai, di sini, Ahad.  

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.30 pagi melalui MERS999.  

Advertisement
Menurut Sumsoa, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat segera dikerahkan ke lokasi kejadian menaiki jentera bomba dan kenderaan EMRS.
Advertisement
 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pasukan itu melaporkan bahawa kemalangan itu membabitkan sebuah Perodua Viva dan 4WD dengan lima mangsa berada di dalam Perodua Viva.  

“Salah seorang mangsa terperangkap di dalam Perodua Viva dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.  

Advertisement
“Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian, manakala empat lagi mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya.  

Tambahnya, operasi berakhir jam 4.51 pagi selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here