Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tingkat kualiti bekalan elektrik Sabah melalui kerjasama strategik persekutuan: Ketua Menteri
Published on: Monday, January 27, 2025
Published on: Mon, Jan 27, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tingkat kualiti bekalan elektrik Sabah melalui kerjasama strategik persekutuan: Ketua Menteri
Tuaran: Kerajaan Sabah komited untuk meningkatkan kualiti bekalan elektrik di seluruh negeri dengan mengukuhkan kerjasama strategik bersama kerajaan Persekutuan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata inisiatif itu sejajar dengan peranan pengawalan seliaan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) yang digariskan dalam Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040), bertujuan memastikan bekalan elektrik lebih stabil dan mampan.

Advertisement
“Walaupun kuasa kawal selia bekalan elektrik kini di bawah kerajaan negeri, bekerja sama erat dengan kerajaan Persekutuan tetap menjadi keutamaan untuk memastikan rakyat Sabah menikmati perkhidmatan elektrik yang berkualiti,” katanya di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian pada Program Sabah Electricity bersama Komuniti dan Rumah Terbuka Krismas 2024 serta Tahun Baharu 2025 di Dewan Seri Sulaman di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai, dan Pengerusi Sabah Electricity Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Advertisement
Sementara itu, Hajiji menjelaskan bahawa langkah pengecualian surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) untuk tempoh Januari hingga Jun 2025 adalah bukti komitmen kerajaan negeri dalam meringankan beban rakyat.

“Peruntukan subsidi bernilai RM50.9 juta ini memberi manfaat kepada pengguna domestik yang layak dan pengguna bukan domestik dalam kategori tarif voltan rendah, termasuk sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS),” katanya.

Advertisement
Beliau berkata cabaran bekalan elektrik di Sabah bukan sahaja melibatkan isu kapasiti penjanaan tetapi juga peningkatan permintaan berikutan kepesatan pembangunan ekonomi.

“Kerajaan negeri memberi tumpuan untuk mencapai jidar simpanan kapasiti penjanaan sebanyak 30 peratus melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Penjanaan jangka pendek,” tambahnya.

Dalam usaha ini, ECoS akan terus bekerja sama rapat dengan Sabah Electricity bagi melaksanakan pelan transformasi yang komprehensif untuk menambah baik sistem bekalan elektrik di seluruh Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here