Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bas bawa 17 pelancong China terbabit kemalangan di Sandakan
Published on: Monday, January 27, 2025
Published on: Mon, Jan 27, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bas bawa 17 pelancong China terbabit kemalangan di Sandakan
KEMALANGAN membabitkan bas persiaran membawa pelancong terbabas di Jalan Lintas Sibuga. – Foto BBP Sandakan
SANDAKAN: Enam daripada 17 pelancong China yang menaiki sebuah bas persiaran cedera ringan manakala pemandu bas itu cedera parah, selepas bas berkenaan terbabas di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Lintas Sibuga, di sini, Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata pemandu bas lelaki berusia 63 tahun serta enam pelancong yang cedera telah dibawa ke Hospital Dutchess of Kent Sandakan oleh orang awam sebelum anggota penyelamat tiba untuk memberikan rawatan lanjut.

Advertisement
Beliau berkata BBP Sandakan menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 9.15 pagi dan jentera bomba bersama lapan anggota tiba di lokasi kejadian sejauh 10 kilometer.

“Bas persiaran ini membawa tujuh lelaki dan 10 perempuan pelancong dari China termasuk empat kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Severinus berkata pasukan bomba bertindak menjalankan operasi membersihkan tumpahan minyak di lokasi kejadian menggunakan satu aliran salur bantu sumber air dari tangki jentera dan operasi ditamatkan pada 10.42 pagi selepas memastikan keadaan adalah selamat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here