Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Projek penjanaan dirancang atasi isu bekalan elektrik di Sabah: Fadillah
Published on: Monday, January 27, 2025
Published on: Mon, Jan 27, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Projek penjanaan dirancang atasi isu bekalan elektrik di Sabah: Fadillah
Tuaran: Beberapa projek penjanaan elektrik yang besar sedang dirancang bagi mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah, sekali gus meningkatkan rezab margin bekalan itu sehingga 30 peratus menjelang 2030, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh Energy Commission of Sabah (ECoS), antara projek yang dirancang adalah pembelian tenaga dari Sarawak pada tahun ini.

Advertisement
Selain itu, katanya projek yang dirancang termsuk pembangunan loji janakuasa baharu berkapasiti 100MW pada 2026 dan 2027, serta pembangunan ladang solar berskala besar berkapasiti 100MW pada tahun depan.

“Dengan pendekatan strategik oleh kerajaan Sabah untuk meningkatkan kapasiti penjanaan, kerajaan Persekutuan percaya masalah bekalan elektrik di Sabah dapat dikurangkan,” katanya berucap pada Program Sabah Electricity Bersama Komuniti serta Rumah Terbuka Krismas 2024 dan Tahun Baharu Cina 2025 di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai, dan Pengerusi Sabah Electricity Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (Petra) juga telah memperuntukkan sebanyak RM102.9 juta untuk pelaksanaan dan penyiapan projek-projek pengukuhan perkhidmatan bekalan elektrik di Sabah tahun ini.

Advertisement
“Selepas penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik di Sabah ini, saya berharap agar kerajaan negeri akan sentiasa komited dalam menangani masalah berkaitan perkhidmatan bekalan elektrik, sekali gus memenuhi peningkatan permintaan elektrik di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan khususnya PETRA bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya Sabah memerlukan bantuan serta khidmat nasihat.

Advertisement
“Kerajaan Persekutuan juga komited dan menyokong agenda pembangunan penjanaan elektrik di Sabah bagi memastikan rakyat menerima manfaat di samping sistem pembekalan elektrik yang lebih stabil dan terjamin. 

“Seperti yang dipersetujui, jumlah siling indikatif subsidi daripada kerajaan Persekutuan kepada Sabah Electricity bagi 2024 hingga 2030 adalah sebanyak RM3.54 bilion. Ia merangkumi subsidi bahan api, subsidi solar berskala besar, subsidi sokongan tarif, dan subsidi Tenaga Boleh Baharu (FiT),” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here