Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Warga emas maut diserang sekumpulan anjing di Kunak
Published on: Monday, January 27, 2025
Published on: Mon, Jan 27, 2025
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Warga emas maut diserang sekumpulan anjing di Kunak
Lokasi dimana mangsa diserang anjing liar di kawasan Terminal Bas Ekspres, Sabtu lepas. (Gambar: Harian Ekspres/Ibrahim Tabir)
KUNAK: Seorang wanita warga emas berumur lingkungan 60-an maut selepas diserang sekumpulan anjing liar yang berkeliaran di kawasan Terminal Bas Ekspres, di Pekan Kunak Sabtu lepas.

Dalam kejadian 1.49 pagi itu, mangsa dipercayai diserang sekumpulan anjing liar berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran tempat duduk menunggu bas di terminal berkenaan.

Advertisement
Mengesahkan kejadian berkenaan, Ketua Polis Daerah Kunak, Supt. Sabarudin Rahmat berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada 6.30 pagi hari yang sama, mengenai penemuan mayat wanita di kawasan terminal bas tersebut.

"Siasatan awal oleh pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (IPD) Kunak mendapati satu mayat wanita dalam keadaan terbaring. Terdapat kesan luka dipercayai kesan gigitan anjing liar di bahagian tangan kiri, kepala, dada kanan, kedua-dua bahagian pinggang dan kedua-dua kaki mangsa", katanya kepada media pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sabarudin berkata beberapa barang kepunyaan mangsa didapati berselerak di sekitar lokasi kejadian, sambil menambah kes itu diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut. 
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here